Tips - Tips Berkesan Sebelum Menyertai Perniagaan MLM


..::ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH ::..


Saya memahami MLM sebagai sebuah konsep bisnes,
yang merupakan satu alternatif yang mudah, murah dan cepat untuk mencapai kejayaan.
memang, permasalhaan terbesar yang dihadapi adalah PENOLAKAN terhadap Bisness kita jalankan,
kenapa banyak orang menolak MLM?

hal itu terjadi karena tingginya persepsi negatif orang tentang MLM,
kebanyakan disebabkan oleh tidak tahu mereka mengenai konsep MLM
dan diperburuk pula oleh adanya penipuan penggiat MLM yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Jangan buru2 menolak sebelum mengerti dengan konsep MLM. ( ini tidak bermakna saya 100% menyokong MLM)


Setelah memahami konsepnya,
kita juga perlu untuk meneliti dan  memilih MLM yang tepat dari pelbagai sudut.

Contohnya:
1- marketing plan yang menguntungkan - plan MLM yang terlalu serabut untuk difahami dan diamalkan adalah mendorong tidak minat seseorang untuk menyertainya. Oleh itu, sebelum ingin menyertai sesebuah MLM itu, lihatlah dulu Plan perniagaannya.

2- produk yang berkualiti. - ingin saya kongsikan sedikit, jika kita ingin berniaga, perlulah kita memilih produk yang berkualiti tinggi kerana akan meyakinkan pelanggan untuk membelinya.Dan mungkin dengan kualiti yang memuaskan , pelanggan akan mudah untuk berurusan dan menggunakan produk syarikat kita.


3- tempoh operasi syrikat - jika syarikat yang telah lama berdiri menjalankan perniagaan tersebut ini bermakna syarikat tersebut sudah teguh, maka potensi untuk syarikat tersebut bertahan adalah tinggi.


4- pencapaian syarikat - kini 'award' ataupun pencapaian yang diterima oleh syarikat- syarikat merupakan bukti bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat yang terbaik.Ini akan menambahkan keyakinan pelanggan nanti.

5- rakan niaga yang produktif - ini akan mempengaruhi kita untuk terus berusaha .

Jika kita menyertai MLM dengan tanpa meneliti dahulu perkara- perkara diatas, ini akan menyebabkan kita akan kerugian . Hal ini kerana untuk menyertainya bukannya percuma, tetapi perlu memiliki modal.

Janganlah kita membuat diri kita bertambah sengsara jika pada awalnya niat untuk menyertai MLM untuk mengubah hidup kepada lebih berjaya, tetapi disebabkan kurangnya penelitian terhadap perkara yang disebutkan tadi, Bisnes kita akhirnya terkandas.Ini akan menambahkan sengasara diri juga.

Soalan : Banyak ke waktu yang perlu diluangkan untuk MLM???

Setiap orang memiliki waktu yang sama, yaitu 24 jam.Jika kita pandai membahagikan masa dengan sebaikya, maka tiada mustahil untuk kita menyertainya.

PERHATIAN : jangan  lupa juga akan kepentingan takaful sebagai pelindung kewangan kita. Jika sudah berhempas-pulas untuk mencari duit tetapi lupa akan kepentingan takaful sebagai penjaga duit kita, apalah gunanya usaha selama ini jika duit dihabiskan begitu sahaja jika berlaku sesuatuyang tidak diduga terhadap diri kita. Cuba anda fikir- fikirkan.
p/s : MLM nak buat tu buatlah, tapi janagn la lupa nak ambil polisi pada masa yang sama. Jangan ingat duit yang kita dapat banyak- banyak tu selamat ke??? Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa, Jangan nanti Berputih mata saja bila tengok duit lesap biyai Perkara yang tak terduga.

No comments: