DEDAH : Prinsip Bisnes Orang Cina


“Orang cina boleh berniaga di kampung Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga dikawasan orang Cina”

Benarkah orang cina dilahirkan untuk berniaga? Soalan ini timbul kerana golongan cina sering dikatakan sebagai golongan yang pandai berniaga. Seolah-olah bakat niaga itu diperoleh secara semula jadi. Malah orang cina dikatakan handal niaga. Mereka dapat berniaga di mana-mana sahaja termasuk di kawasan yang paling tidak produktif sekalipun. Sebab itu barangkali kita pernah mendengar ungkapan, “orang cina boleh berniaga di kampung melayu tetapi orang melayu belum tentu boleh berniaga dikawasan orang cina.”

Tidak dinafikan, orang cina minat berniaga. Orang cina berniaga kerana ia adalah cara cepat menjadi kaya. Tidak ada orang menjadi kaya dengan makan gaji kecuali bekerja sendiri ataupun menang loteri.

Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :

1- Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
2- Jimat, jika tidak akan membazir modal
3- Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
4- Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
5- Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
6- Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
7- Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok 

Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.

p/s : so, adakah umat Islam (melayu) hanya mahu menjadi golongan pemerhati ataupun hanya berbangga dengan kejayaan orang lain..


No comments: