Buatmu Wanita Yang Ku Cintai...

Buat sahabat-sahabat wanita ku cintai. Tidaklah aku cintai kalian semua melainkan adalah kerana pesanan dan galakan sayyidina Rasulullah S.A.W yang menjadi penyejuk mataku untuk mengasihi kalian sebagai kaum hawa yang lemah. Lelaki adalah pelindung dan pengasih kalian seperti mana ayat quran dalam surah yang Allah menamakan sempena nama kalian yakni surah An-Nisa' Allah S.W.T berfirman :


"Kaum lelaki itu mengatasi kaum wanita."


Dari ayat ini kita faham bahawa Allah S.W.T ingin menyampaikan bahawa lelaki itu lebih gagah dan kuat dari wanita, jadi lelaki perlu menjadi pelindung dan pengasih kalian sebagai insan yang lemah. Rasulullah juga pernah bersabda dalam sebuah hadis yang sohih sabda baginda :


"Aku mencintai tiga perkara di dunia ini yakni wanita(yang halal), wangi-wangian dan solat yang menjadi penyejuk mataku"


Hadis diatas menunjukkan bahawa Rasulullah pun sangat sayang dan mencintai wanita, dan kita sebagai ummat baginda dan mencintai baginda juga wajib mencintai apa yang dicinta oleh baginda.

Sahabat sekalian,

Rasulullah juga berpesan di dalam khutbah terakhir baginda yang dinama sebagai khutbah selamat tinggal di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Berakata baginda di hadapan 124,000 sahabat antaranya :


"Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

Untunglah kalian betapa baginda sayang kalian wahai wanita, baginda menyebuat kalian di dalam khutbah terakhir baginda. Baginda menyarankan supaya lelaki sentiasa menjadi pelindung buat kalian dan mengasihi kalian tidak kira apajua masa dan ketika pun. Sayang sungguh baginda kepada kalian. Malunya aku kepada baginda.



Aku tahu kalian sebagai wanita selalu penat kerana berkhidmat untuk kelengkapan sang lelaki. Aku juga tahu kalian rajin dalam membuat kerja rumah sehinggakan peluh kalian senantiasa membasahi bumi kerana keletihan kalian dalam melakukan kerja-kerja rumah. Ingatlah bahawa lelaki sentiasa menghargai usaha kalian. Aku sering sedih di hati bila melihat ibu dan kakak ku membuat kerja rumah sehingga keletihan yang melampau.

Oleh itu, atas dasar menunjukkan kasihku kepada kalian dan penghargaan ku buatmu wanita, aku ingin menghadiahkan kalian sebuah zikir yang diajar Sayyidina Rasulullah S.A.W buat puteri baginda yang tercinta sayyidatina Fathimah R.A. Wirid ini telah dihadiahkan dan diijazahkan oleh guruku kepada ku untuk menjadi amalan harian ku. Sanad ijazah ini bersambungan sehingga puteri baginda dan terus kepada baginda rasul. Zikir tersebut adalah :


"SubhanaAllah (33x), Walhadulillah (33x), Allahuakbar (34x)"

Sedikit kisah mengenai zikir ini yang diceritakan guruku kepadaku buat tatapan kalian sebelum membaca zikir ni.

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri Baginda :

"Ketahuilah akan ku ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku.Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x,maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah."

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Baginda Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Sayyidatina Fatimah R.A merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Sayangilah Wanita Kerana Allah dan Suruhan RasulNya :

3 comments:

ana izzat said...

sayangilah wanita tu jangan mengalahkan sayang kpd ibun bapa

amir zuhair said...

ibu pun wanita jgak kan izzat...nabi bila shabat tya siapa yg perlu dia cnta nabi kata ibumu, nabi ulang smpi 3x, bru ayah...hadis ni pun tnda nabi syang wanita

UmmuZahra said...

Subhanallah..rasa bngga di hati bila nama wanita disebut n dijulang2..tp syg berapa rmai wanita kita yg xsedar kelebihan mrk n xmnjga klebihan Allah kpd dirinya...
Dan brpa rmai lelaki yg mletakkan sgla tnggjawab d rmh kpd prempuan smata2..sdgk' wanita adlh hny pmbntu kpd suaminya.. Brp rmai llaki yg berat tulang utk m'bntu ibu n saudra prempuannya...smg kita smua amik iktibar..syukran