KENAPA TIDAK TUKAR KEPADA EMAS


Ini bukan masalah untungkan tokey emas atau DEALER … tapi ini berkenaan ambil kesempatan diatas peluang yang ada… SIMPANAN ANDA ADALAH DUIT ANDA, bukannya esok nilai emas naik MAKA DUIT TUH MENJADI HAK SAYA. Saya cuma memberitahu, daripada anda simpan dlm bank/ASB, untuk 10 tahun lagi… wang anda dengan dividen ASB, kos sara hidup meningkat.
KENAPA TIDAK TUKAR KEPADA EMAS sedangkan kita tahu harga emas naik berganda-ganda sejak zaman nenek moyang kita lagi. 

Itu sahaja... jadi kenapa peduli siapa buat untung.. kenapa nak bebankan otak?, yang penting anda ambil juga kesempatan ini.
 

_________________________________________________________________________________
info bagi yang nak tahu jenis pelaburan mana nak mula:
*************************************************************

apakah jenis emas yang sesuai untuk disimpan? 
a. gold bar 
kelebihan:  
1. emas 999 (24 karat), mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi bila kita menjual kerana kandungan emas padu. 
2. Lebih menjamin simpanan. 
3. harta yang sebenar, orang lelaki kata.. gold bar "gentleman business". 
4. susut nilai yang rendah, hanya 6% dari harga pasaran. 
kekurangan:  
1. harga yang lebih mahal, ramai yang tidak berkemampuan. 
2. Harus simpan sijil ketulenan sekiranya bertujuan untuk pajak di Agro Bank.  

b. barang kemas 
kelebihan:  
1. bagi perempuan yang sukakan barang kemas untuk dipakai. 
2. mempunyai permintaan yang tinggi. 
3. senang dijual, market lebih besar termasuk orang perseorangan (jual kpd kawan dan lain-lain) 
4. Pajakkan boleh dibuat di Agro Bank juga Bank Rakyat tanpa memerlukan sijil ketulenan. 
Kelemahan: 
1. harga yg tinggi hanya kerana termasuk upah membuat barang kemas. 
2. ia adalah barangan perhiasan yang bila dijual dan akan jatuh nilai kerana dikira USED GOLD (kira macam second hand). 
3. keuntungan tidak setinggi menyimpan gold bar. 

Maka sekiranya kita berniat ingin menjana keuntungan jangka masa panjang yang lebih bernilai, simpanlah gold bar. Namun sekirangan tidak mampu, cukup lah sekadar menyimpan 1 dinar (emas 916 sama dengan barang kemas) tetapi kalau berpeluang, tambah bila ada duit simpanan. Jangan berhenti menyimpan kerana nilai emas akan naik jauh berganda dari nilai mata wang.

No comments: