Bagaimana untuk mulakan simpanan / pelaburan emas ?

Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?

Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas


Syiling emas GCP( 1 dinar) 4.25gram (24K)

2. gold bar.














3. Barang Kemas



Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.


















Syiling Kijang Emas


Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin







Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank




Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar GCP











b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.
 














Ini gambar PAMP Suisse gold bar




















gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya


Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)

Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.












Gambar Dinar Emas Kelantan

p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas GCP/kelantan sebagai pilihan pertama. .


2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas?

Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:

1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account

Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook.
Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)















Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook
p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.















Posting ini hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. No problem. Kalau ada persoalan, maka letakkan soalan anda di ruangan komen kat bawah. In Sha Allah saya akan cuba bantu.



p/s: Kongsikan maklumat mengenai pelaburan emas dengan rakan-rakan anda. Beritahu mereka tentang website ini. Boley share ilmu yang sedikit mudah- mudahan melalui ilmu yang sikit ini dapat balasan dan juga manfaat yang besar.

No comments: