Kahwin Misyar untuk Islamik Couple?


Assalamualaikum...
Remaja...Ya kali ini saya akan membicarakan soal para remaja. Isu ini sangat penting kepada remaja kita kerana remaja adalah tonggak pemimpin masa depan negara. Oleh itu hal- hal remaja dan muda mudi perlulah diambil perhatian yang penuh. Di media massa kita selalu terbaca kes- kes yang berkaitan remaja, antaranya adalah:
Kes buang anak...masyallah

Kes Rogol..astaghfirullah..

Kes Zina...Nauzubillah..

dan macam2 lagi lah..
oleh itu bagi mengelakkan sesuatu perkara itu berlaku dan berlarutan, kita perlu ada jalan penyelesaiannya.
Contohnya isu zina. Bermulanya Zina adalah dari perhubungan bebas yang tanpa kawalan, maka akan mulalah berlaku perkara yang lebih teruk hanya disebabkan oleh sikap ambil mudah dengan perkara yang remeh.
Sebab itulah Allah melarang di dalam Al-quran yang mafhumnya " Janganlah kamu dekati Zina"
Jangan dekati zina ini banyak huraiannya.
Tapi disini bukanlah untuk mmebcirakan maksudnya, tetapi penyelesaianya.
Jalan penyelesaiannya adalah Nikah.
Apa? NIKAH???
"belum mampu lah, sedang belajar lagi, Tak ada kewnagn yang kukuh"
Ini semua alsan yang menyebabkan terHalalnya perhubungan haram ini.
Jika semua orang boleh paham apa ertinya nikah bagi menyelesaikan masalah ini, Insyallah akan berkurangnya masalah-masalah yang dimurkai Allah ini.

Kahwin Misyar.
Perkahwinan Misyar adalah perkahwinan yang seperti kita selalu perhatikan. Cuma yang berbeza disini ialah istilah misyar yang digunakan. Sesuatu perkara itu bukanlah diambil hukumnya daripada nama dan ibaratnya tetapi dilihat kepada apakah yang terkandung didalam perkara tersebut. Terkadang manusia ada meletakkan nama yang lain daripada nama tersebut. Saya bukanlah dikalangan orang yang mencanangkan perkahwinan sebegini, dan saya juga bukanlah dikalangan orang yang menulis risalah untuk menyokong kearah perlaksanaan perkahwinan sebegini. Namun bukanlah saya mampu untuk mengharamkan sesuatu perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Bilamana ditanya kepada saya, apakah hukum perkahwinan sebegini? Saya pasti akan berkata saya tidaklah mengetahui akan perkahwinan sebegini. Tetapi cubalah kamu berikan gambaran secara jelas kepada saya berkenaan perkahwinan tersebut. Maka kata lelaki tersebut, Perkahwinan tersebut terdapat akad yang sah, terdapat saksi yang memenuhi syarat, terdapat juga didalam perkahwinan ini walimatulurus, dan pendek kata kesemua hukum yang ditetapkan syara’ memenuhi pekahwinan ini.


Bagi menentukan adakah sesuatu perkahwinan itu boleh diiktibar (dianggap) sah di sisi Syara’ perlulah ianya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syara’. Antara syarat-syarat untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah ialah:

1. Wujudnya keredhaan yang tulus daripada kedua-dua pihak suami dan isteri.

2. Lafaz yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu tidak dibataskan oleh waktu-waktu tertentu.

3. Adanya wali bagi pihak isteri.

4. Perkahwinan itu disaksikan oleh saksi yang melengkapi syarat-syarat persaksian.

5. Perkahwinan tersebut diwarwarkan kepada umum.

Jika lengkap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara’ ini maka perkahwinan Misyar ini adalah perkahwinan yang sah selagimana perkahwinan ini tidak bertempoh walau apa nama perkahwinan ini sekalipun. Namun apabila si isteri rela untuk menggugurkan hak-hak yang berhak untuk diperolehi oleh si isteri tersebut yang telah diberikan oleh syarak seperti nafkah, tempat tinggal dan pembahagian malam untuk suami bermalam di rumah isteri yang bermadu, maka pengguguran hak tersebut adalah harus di sisi syara’.

Kesimpulanya di sini, kita dapat lihat satu jalan penyelesaiannya bagi isu zina, dan perhubungan haram dalam kalangan remaja hari ini. Oleh itu, jika hal yang merunsingkan ini terjadi lagi di kalangan remaja hari ini, jalan penyelesaian seperti NIKAH MISYAR ini antaranya yang boleh diamalkan.

Ikuti luahan hati seorang anak muda kepada seorang lelaki yang bakal menjadi bapa mertuanya. Klik sini

No comments: