Kerana Doa Qunut Nazilah


ASSALAMUALAIKUM  WARAHMATULLAH WABARAKATUH


Setiap orang yang prihatin membicarakan soal Palestin. Dulu saya tidak suka melihat berita tentang Palestin, bukan kerana tidak mahu ambil peduli, tapi kerana kasihan dan terasa diri ini sangat lemah kerana tidak dapat membantu mereka. Tapi kini, saya sedar saya perlu mengambil tahu kerana mereka adalah saudara saya, agama yang dianutui mereka adalah agama saya, tanah yang direbutkan itu adalah tanah suci agama saya!

Di tempat saya,pelbagai demonstrasi atau ceramah atau apa-apa aktiviti untuk palestin dijalankan. Maklumlah,saya berada di bumi ISLAM yang sangat cintakan saudaranya,,,sungguh bertuah kerana aku ditakdirkan disini.Sebelum ini, melihat di dalam kaca tv terdapat pelbagai demo yang menunjukkan seolah- olah mereka telah melakukan keganasan semsa berdemonterasi, tetapi pada hakikatnya mereka adalah aman,Walaupun begitu, aku tidaklah merasakan demonstrasi secara marah-marah itu akan memberikan kesan yang besar kepada Palestin dan juga negara uyang dizalimi lain seperti Syria. Mungkin ia membakar semangat umat Islam tetapi saya cuma berharap semangat itu bukan sekadar di demonstrasi. Jadikanlah ia aplikasi dan satu kesyukuran kerana kita masih mampu hidup bersenang lenang di Malaysia, di hujani air, bukan peluru!

Kerana diri terasa seperti bersalah dan lemah dan ini adalah tanggungjawab kita bersama, saya melihat pelbagai usaha yang telah dirangka dan dijalankan semata- mata untuk memberi kesedaran dan memberi kekuatan kepada umat islam di  Palestin bahawa saudara mereka di sini juga bersam- sama mereka membantu mereka dalam menetang kekejaman Israel.Sokongan Secara sembunyi atau terangan,itu tidak perlulah kita persoalkan  lagi. Kita akan cuba usahakan dengan sedaya upaya yang mampu. Doa Qunut Nazilah adalah salah satu daripada sumbanagan dan juga bantuan muslimin kepada saudara kita di Palastin dan juga Syria ,Persoalannya,adakah mereka tahu apa itu Qunut Nazilah??? sudah pasti ada di kalangan kita keliru akan qunut ini...Doa qunut nazilah tidak ada pengkhususan solat untuk dibacanya, Boleh dibaca pada mana- mana solat Fardu dan ia lebih Afdhal dibaca secara berjemaah seperti semasa solat  fardu Jumaat.

Semoga mereka akan membacanya untuk saudara kita di Palestin. Ad-Dua Salahul Mukmin ~ doa itu senjata mukmin. Andai kita tidak mampu untuk menghulurkan bantuan tenaga kita di sana, cukuplah sekadar doa kita dalam setiap solat. Doa itu penyatu kita semua umat Islam.

No comments: