Alasan tak nak kawin Awal ???

AzmanSyah IbnAlias: 

TERLALU BANYAK LUAHAN YANG SAYA DENGAR DARI KAWAN-KAWAN YANG INGIN BERKAHWIN TETAPI TERHALANG. JADI, CORETAN ALA KADAR DIHARAP MAMPU MEMBINA KETERBUKAAN. BACALAH STATUS INI SAMBIL MELIHAT KEPADA SEKELILING KITA. ZAMAN NABI YANG BAIK ITU PUN DAH ADA GALAKAN KAWIN AWAL. ZAMAN KITA

1) JUARA ZINA
2) JUARA BUANG ANAK / MEMBUNUH
3) MAK KAWIN DENGAN ANAK KANDUNG
4) BUDAK KECIL / BAYI DIROGOL
5) PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN LUAR BATASAN. (BUKAN LUAR BATAS LAGI, SAMPAI DAH TAK NAMPAK BATAS YANG ASAL)
6) HEDONISME (HIBURAN MELAMPAU / PEMUJAAN)
7) USTAZ MENCABUL
8) YANG BELAJAR AGAMA JUGA MEMPAMERKAN FOTO-FOTO SI DIA DAN DETIK BAHAGIA BERSAMA SI DIA. (HAL INI MEMBERI KESAN PADA HATI)

Bila cerita tentang kawin cepat, macam-macam alasan diberi,
Kau nak beri anak dara orang makan apa ?
Gagal exam nanti ?
Gatal boto ni ? copek bona nak bebini / belaki

Kebanyakan isu TAK IZIN kawin bukan berputar isu kemampuan, tapi lebih terikat dengan :
1) adat,
2) emosi 
3) pengaruh sedara mara (adik beradik mak dan abah paklong mak andak)
4) persepsi masyarakat
5) dan alasan-alasan lain yang terlalu remeh dan tidak syar'iy.

Sepatutnya kita membantu mereka untuk mengelakkan dari perkara-perkara yang di”hantu”kan dalam persoalan di atas bukan menyergah mereka secara berterusan dengan tradisi yang kita buat sendiri.
Seruan ke arah kawin lambat (lambat sebab ada dinding adat , tradisi dan doktrin mengarut / langkah bendul) adalah seruan yang menyalahi sunnah dan objektif Islam.

Kalau ayat al Quran pun boleh dimansuhkan Tuhan, apalah nak dibandingkan dengan segala alasan adat, doktrin, budaya dan kebiasaan masyarakat yang langsung tidak mencapai maslahat agama secara universal dan jangka masa panjang.

Firman Allah,

وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمْ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksud : "Dan kawinkanlah orang-orang bujang di kalangan kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaNYA. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui. [suran an Nur : 32]

عن فاطمة بنت قيس ، وفيه أن الرسول –صلى الله عليه وسلم- أمرها أن تتزوج أسامة بن زيد ، حيث قال لها: أنكحي أسامة بن زيد ، فكرهته ، ثم قال أنكحي أسامة بن زيد ، فنكحته فجعل الله فيه خيراً كثيراً ، واغتبطت به

Dari Fatimah binti Qais, Sesungguhnya Rasullah saw telah menyuruhnya mengahwini Usamah bin Zaid dengan bersabda: Nikahlah kamu dengan Usamah bin Zaid maka aku enggan kemudian Rasullah saw bersabda: Nikahlah Usamah bin Zaid maka aku nikahinya, maka Allah telah menjadikan dengannya kebaikan yang banyak dan hidup bahagia. (Riwayat Muslim)
Umur Usamah ketika itu masih belum mencapai 16 tahun.

Nabi bersabda :

إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه وأمانته فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

Maksud : "Apabila datang meminang seorang lelaki yang kau redhoi / restu
agamanya, akhlaknya dan sifat amanahnya maka kawinkanlah dia, jika tidak kamu tidak melakukannya, terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar". [Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan / Hasan Ghorib]

Mungkin masih ada yang degil beri :

1) ALASAN : "itu zaman Nabi, sekarang ni zaman moden".

JAWAPAN ; Jadi apa masalahnya. Nafsu ada pada seluruh masa dan zaman. Kalau dah zaman 
Nabi pun sudah digalak, maka apatah lagi zaman yang semakin merosak.

2) ALASAN LAGI : "zaman Nabi tak banyak pakai duit, zaman sekarang banyak pakai duit"

JAWAPAN : Lalu mahu utamakan kebutuhan agama atau kebutuhan adat dan persepsi masyarakat ? Terlalu tidak patut kalau menjadikan alasan belanja kawin sebagai penghalang perkahwinan. Kerana ada perkara pokok dan asas yang lebih penting dari nak fikir lauk apa, makan buffeT ke tidak, khemah nak buat berapa. Iaitu soal maruah dan keturunan.

3) ALASAN LAGI : " macamana kau nak kawin ni perangai tak senereh, tak boleh jadi bapak orang ! "

JAWAPAN : Jadi ! Bantulah dia dengan tindakan supportive bukan kata-kata meruntuhkan sebelum budak tu jadi bapak setan. Kalau dah bapak setan, tak payah kawin pun takper sebab dah tak pikir halal haram.

4) ALASAN LAGI : "kau kecik lagi".

JAWAPAN : kita yang membina budaya kawin mesti 27 tahun ke atas. Nafsu tu dah ada semenjak baligh. Nafsu tak kira kecik besar. Budak darjah 6 dah ada yang bersekududukan. Hal ini dipengaruhi zaman yang merusak. Nabi dulu kawinkan Usamah ketika Usamah belum mencapai 16 tahun. Ini anjuran / harapan Nabi terhadap orang muda serta pemahaman para sahabat dan tabi'in.

5) ALASAN LAGI : "setakat ni diorang boleh tahan lagi, hanya keluar berdua je, mesej-mesej je, calling-calling je".

JAWAPAN : Kau membina syariatmu sendiri. keliru tentang dosa dan pahala, keliru tentang keberkatan, keliru tentang autoriti syaitan. Kecuali kalau anakmu adalah 'umar al Khattab.

6) ALASAN LAGI : "dia / kamu masih belajar, tak kerja lagi".

JAWAPAN : Baca ayat Quran di atas. Masalah kita ini ialah apabila hilang keyakinan dengan jaminan Allah dan Rasul. Kalau tak yakin jugak, tak dapek den nak koba do. Koba nak menantu Islamik, dah tu bile ada orang memilih jalan baik untuk anak kita, mengapa perlu tolak kembali dengan doktrin emosi ? Aneh manusia seperti ini. BANTU, BUKAN HALANG. Satu lagi, kita telanjang sifat tawakkal. Baik sangkalah dengan Tuhan.

7) ALASAN LAGI : "baik sangat ke kau nak kawin cepat ni ?"

JAWAPAN : sebab baiklah pilih jalan kawin. sebab tahu mana saluran yang betul. (tak habis-habis nak condemn). Untung budak tu pilih jalan kawin, kalau bahagia dalam berzina ?

Kata-kata Saidina 'Umar al Khattab,

زوجوا أولادكم إذا بلغوا لا تحملوا آثامهم

Maksud : “Nikahkan anak-anakmu apabila mereka telah mencapai usia baligh. Jangan kamu tanggung dosa mereka”. (Kitab Ahkamun Nisa' / Hukum-hukum Tentang Wanita)

Saidina ‘Umar sendiri telah memikirkan soal dosa dalam kebujangan dalam zaman yang boleh dikatakan masih terjaga. Apatah lagi di zaman sekarang ?

Kata Hasan al Basri :

بادروا نساءَكم التزويج

Maksud : “segeralah menikahkan wanita-wanita kamu”.

Ibnul Jauzi menyebut dari sebahagian salaf, (atau kata-kata Hatim al Assam)

العجلة من الشيطان إلا في خمس، إطعام الطعام إذا حضر الضيف، وتجهيز الميت إذا مات، وتزويج البكر إذا أدركت، وقضاء الدين إذا وجب، والتوبة من الذنب إذا أذنب

Maksud : “Terburu-buru itu dari syaitan, kecuali pada lima perkara:

1. Memberi makan tetamu
2. Mengurus jenazah
3. Menikahkan anak gadis ketika cukup umur
4. Membayar utang ketika tiba waktunya
5. Bertaubat dari dosa ketika berbuat dosa.
(Kitab Ahkamun Nisa')

KITA TERUS MEMBERI ALASAN, ALASAN DAN ALASAN YANG TIDAK KUKUH, TETAPI TIDAK PULA MEMBANTU UNTUK MEMBUANG HALANGAN YANG KITA BINA SEBALIKNYA LEBIH BERSIKAP MENERUSKAN BUDAYA DAN PEGANGAN YANG MENYEBABKAN ALASAN TERSEBUT TERUS KEKAL.

MUNGKIN ADA YANG BERKATA SAYA ATAU SESIAPA HANYA SENANG MEMBERI PANDANGAN TAPI B UKAN YANG MENANGGUNGNYA. 

1) LEBIH BAIK DARI KITA YANG MENANGGUNGNYA DI AKHIRAT NANTI

2)BAYANGKAN SEORANG BAPA / PENJAGA MENINGGAL DALAM KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN ANAKNYA BERKAHWIN YANG TELAH TERJEBAK DALAM MAKSIAT. APAKAH ITU MODAL YANG DI BAWAKNYA KE SANA ? 

BANTULAH MEREKA. KETIKA INI, ANAK-ANAK ANDA SEDANG TENGGELAM DALAM MEMBERI MESEJ-MESEJ DERHAKA TERHADAP PASANGANNYA.

TOLONGLAH WAHAI MAKCIK-MAKCIK DAN PAKCIK-PAKCIK.

NABI TAK PERNAH KEMUKAKAN ALASAN, BAHKAH LEBIH KEPADA MEMBANTU,

Kata Nabi

لو كان أسامة جارية لكسوته وحليته حتى أُنفِقَهُ

Maksud : "kalaulah Usamah itu budakku (anak perempuan baginda) nescaya aku pakaikan dan hiaskan sehingga aku menginfaqkannya. [Riwayat Ibnu Majah dan Ahmad : Tashih al Albani]

BERBAIK SANGKALAH DENGAN ALLAH.

PARA ULAMA SEPAKAT MENGHARAMKAN SIKAP KEENGGANAN WALI MENIKAHKAN ANAK-ANAK TANPA SEBAB SYAR'IY. (PERHATIKAN ALASAN KITA, APAKAH ALASAN YANG MEBANTU MARUAH ATAU BUATAN SENDIRI YANG BOLEH DIUBAH ?)

BAHKAN SEBAHAGIAN ULAMA MEMASUKKAN IA (ISU IBU BAPA HALANG ANAK KAWIN) DI ANTARA DOSA-DOSA BESAR.

HAL INI DINYATAKAN OLEH SYEIKH IBNU HAJAR AL HAITHAMIY AL MAKKI. JUGA PENDAPAT IMAM NAWAWI. Antara dosa-dosa besar :

عضل الولي موليته عن النكاح،بأن دعته إلى أن يزوجها من كفءٍ لها،وهي بالغةٌ عاقلةٌ فامتنع.وكون هذا كبيرة هو ما صرح به النووي في فتاويه

Maksud : seorang wali melarang anak perempuan berkahwin, iaitu ketika anak perempuannya minta untuk berkahwin dengan lelaki yang sekufu / sesuai dalam keadaan dia sudah baligh dan berakal lalu si bapa menghalang. Hal ini ditegaskan oleh Imam an Nawawi.

[RUJUK KITAB الزواجر عن اقتراف الكبائر / TEGAHAN-TEGAHAN DARI MELAKUKAN DOSA-DOSA BESAR]

BANTULAH UNTUK MEMAHAMKAN SEMUA PIHAK DENGAN CARA YANG PALING BAIK TENTANG BETAPA PENTINGNYA MENYEGERAKAN PERKAHWINAN DI ZAMAN INI.

1 comment: